Kesan Sambutan Hari Kemerdekaan Individu -dapat memupuk semangat patriotisme/cinta akan negara dalam diri Dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, seseorang itu akan merasai pengalaman itu sendiri dan berasa megah dengan hari kemerdekaan negaranya sendiri. Perkara ini demikian kerana, tak kenal maka tak cinta , iaitu seseorang itu akan menghayati hari kemerdekaan tersebut dengan lebih bermakna melalui penglibatan dan penyertaannya dalam sambutan hari ulang tahun kemerdekaan atau menyaksikan majlis sambutan tersebut secara langsung. -dapat mengukuhkan jati diri Sejak akhir-akhir ini, generasi muda masa ini, terutamanya remaja semakin hilang jati diri. Mereka lebih gemar mengagung-agungkan budaya Barat yang amat bertentangan sekali dengan norma masyarakat Timur. Lebih menyedihkan, ada antara kita yang sanggup memburukkan nama Malaysia di mata dunia. Jika diimbas kembali sejarah yang lepas, rakyat Indonesia telah memburukkan nama Malaysia di negara Asia dan negara Dunia ...